photo slide

Saturday, June 16, 2012

ANTARA KELEBIHAN EMAS FIZIKAL



Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, “emas hanya logam”;

Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, “emas sangat-sangat bernilai”;

Kata nenek, “emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)”;

Kata orang yang nak kahwin, “kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana”; dan

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”.

Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan 

menyimpan emas. Lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya… maka 

antara 30 kelebihan melabur dengan emas fizikal adalah:

1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan  pelabur;
2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa;
3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa;
4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam;
5. Mudah dan senang untuk diuruskan – Hanya simpan dan tunggu!;
6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh;
7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi – “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi”, tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008);
8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan;
9. Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga;
10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar;

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Name:
Email Address:
Address:
Tel. No :
Payment via : Maybank
Bank Islam
Bank Rakyat
Money Order

Put a website form like this on your site.