photo slide

Friday, October 5, 2012

Geneva kena serbu

Baru-baru ni media heboh dengan penyerbuan ke atas sykt pelaburan emas iaitu Genneva. Saya sendiri yang menjadi dealer GCP ditanya oleh rakan-rakan tentang Genneva malah ada yang jahil tentang emas terus membuat tanggapan general yang semua sykt emas sama modus operandi akan diserbu oleh pihak berkuasa.

Perlu juga dijelaskan yang Perniagaan Emas GCP tidak sama dengan Skim-Skim pelaburan seperti Genneva dan lain-lain kerana GCP menjual emas fizikal. Penerangan mudah ialah GCP menjual dan membeli emas seperti juga Syarikat seperti Pooh Kung, Habibi Jewels, Wahh Shan dan kedai2 emas yang kecil2 di bandar-bandar. Cuma yang membezakan ialah bentuk Perniagaan yang menyalur terus emas kepada pelanggan melalui dealer. Cut Cost  operasi membolehkan harga istimewa kepada pelanggan dan dealer. Maka pelanggan bebas membeli sebagai pelanggan dan jika ingin membeli lebih murah boleh mendaftar sebagai dealer dengan mendapat beberapa keistimewaaan.

Jadi, bagaimana operasi Syarikat Genneva dan bagimana boleh menarik ribuan pelabur ? saya merujuk kepada beberapa penulisan sahabat sebab saya tidak pernah menyertai Genneva. Antaranya dari web http://7million-dinar.blogspot.com/. Kredit untuk beliau.

Geneva jual Gold Bar pada 25% dari spot gold prices. Katakan RM215/gm.
Katakan anda beli 100gm maka Harga ialah RM21,500.

Hibah yang di janjikan ialah 2% sebulan. Nampak memberansangkan kerana 16%  untuk setengah tahun.
Sebulan 2% dapatlah RM 430. dan 6 Bulan dapat RM2,580.00

Maka berbondong-bondonglah orang pergi bank buat pinjaman peribadi yang faedahnya antara 4-8 % setahun untuk modal membeli emas yang UNTUNG 24% setahun.

Namun mereka lupa banyak syarikat tempatan yang jual Gold Bar seperti GCP, Sri Ayu, Kelantan Gold, Public Gold, GSR dan lain-lain tak termasuk Pamp Suisse yang menjual harga lebih rendah lagi.

Sebagai contoh harga semasa GCP 100gm dealer hanya RM 18,200 Jauh tak perbezaan RM21,500 - RM18,200 = RM3,300 ! ( Ini bandingan dengan harga hari ni 4 Okt 2012 yang harga sudah tinggi, kalau beberapa bulan lepas harga RM16 000 sahaja )

Jadi pembeli tak payah dapat hibah pun dah untung serta merta RM 3,300.

Maka persoalan macamana mereka boleh bayar hibah 2% sebulan tanpa ada perniagaan??? Jawapannya

ialah DUIT ANDA SENDIRI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR 'KEUNTUNGAN' ANDA. Begini caranya. 2% itu adalah lebihan daripada harga pasaran semasa iaitu RM3,300.00. Pulangan yang dijanjikan adalah 6 bulan iaitu RM2,580.00. sahaja. Jadi anda masih RUGI RM720.00. So, yang saya faham begitulah manipulasinya.

Alih-alih dah kena ambush dengan pihak berkuasa ni maka  HIBAH MEMBAWA MUSIBAH pulak. Kasihan.

Bagi saya dan anda semua saya syorkan melaburlah dengan emas fizikal yang telus lagi menguntungkan. Kita perlu menambah pengetahuan kita tentang emas supaya kita boleh menguruskan harta kita dengan berkesan. Saya sendiri masih belajar. Semoga kita sama-sama mendapat  kejayaan dengan menyimpan EMAS dengan cara yang betul iaitu EMAS FIZIKAL.

JIKA INGIN MENYIMPAN EMAS GCP ATAU MENJADI DEALER BOLEH HUBUNGI SAYA.   

klik ini untuk mendaftar percuma  -->http://www.gcp.com.my/?id=ad3210



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Name:
Email Address:
Address:
Tel. No :
Payment via : Maybank
Bank Islam
Bank Rakyat
Money Order

Put a website form like this on your site.